Polis Meradong terima permohonan permit rentas daerah

BINTANGOR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Meradong menerima sebanyak 74 permit kelulusan rentas daerah sejak kaunter dibuka kepada orang ramai pada 8.00 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, kebanyakan borang kelulusan dikeluarkan untuk pulang bekerja di daerah Sibu, Sarikei dan Julau.

Katanya, PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jum namun permit rentas daerah masih diperlukan untuk mengekang penularan wabak COVID19 di Sarawak dan Daerah Meradong secara amnya.

“Orang ramai dan peniaga dinasihati supaya mengamalkan norma baru (mengamalkan tabiat kesihatan yang tinggi) di samping mematuhi SOP (garis panduan) yang telah ditetapkan,” katanya kepada media.

Beliau berkata, IPD Meradong bersama lain-lain agensi dalam Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD)
akan menjalankan Operasi yang dipanggil sebagai “Taskforce Operasi Pematuhan” untuk memastikan pematuhan SOP dipatuhi sepenuhnya

Ujarnya jawatankuasa itu dianggotai oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau, Rela, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai agar mematuhi PKPB seperti mana mereka pada fasa-fasa PKP sebelum ini.

“Jangan lupa memakai penutup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan dengan air dan sabun serta mengamalkan jarakan sosial ketika berada di tempat awam, ” katanya.