ARTIKEL

Foto Facebook Polis Daerah Muar

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerima laporan mengenai kehilangan Thiriyashini Murali Krishna yang beralamat di No 29 Jalan Jaya 2/8, Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar, Johor.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lokasi individu berkenaan boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amy Ng Heng Shi di talian 016-6870718,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-9564800 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat.– BERNAMA

BERITA LAIN

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) ekoran penahanan dua lelaki tempatan dalam serbuan di Pulau Pinang

BERITA TERBARU