ARTIKEL

Kesemua suspek dibawa ke IPD Mukah sebagai tindakan lanjut. – IPD Mukah

Polis Mukah tahan lapan individu leka main mahjong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita ketika asyik bermain mahjong dalam sebuah bangunan premis di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kejayaan tangkapan itu hasil intipan sebelum serbuan dilakukan kira-kira 4 petang.

Barangan rampasan sebagai bukti kes. – IPD Mukah

Ketika serbuan katanya, polis mendapati terdapat dua lelaki dan seorang wanita sedang bermain judi jenis mahjong, manakala lima lelaki yang lain memerhatikan mereka bermain.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM2,342, 112 biji buah mahjong, tiga biji buah dadu, dua buah meja dan lapan buah kerusi,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia 43 hingga 63 tahun itu kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Mukah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh