ARTIKEL

Polis nafi pihak berkuasa bakar rumah setinggan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Polis menafikan dakwaan dalam video yang tular di media sosial kononnya pihak berkuasa bertindak membakar rumah setinggan bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata kejadian yang menyebabkan 26 rumah setinggan hangus terbakar itu dipercayai berpunca daripada kejadian litar pintas di sebuah rumah menyebabkan rumah itu terbakar sebelum kebakaran itu merebak ke kawasan rumah lain.

Katanya litar pintas itu juga dipercayai berpunca kerana rumah pertama yang terbakar itu dijadikan satu-satunya punca untuk kabel bekalan elektrik sebelum kabel bekalan itu disambung ke rumah lain.

“Ketika itu polis berada antara 50 hingga 60 meter dari lokasi berkenaan. Polis berada di belakang kawasan itu dan polis tidak terlibat di bahagian depan (kawasan punca kebakaran) dan kebakaran itu tidak ada kena mengena dengan kawasan operasi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kasim berkata polis juga memberikan penerangan kepada penduduk bahawa pihak berkuasa tidak hadir ke kawasan itu bagi membakar rumah setinggan, sebaliknya mengadakan operasi membanteras pendatang haram dan jenayah.

Beliau berkata polis telah membuat panggilan kecemasan melaporkan kejadian itu sebelum bomba tiba pada jam 12.59 tengah hari untuk memadam kebakaran.

Justeru beliau meminta pihak terlibat supaya memadam video tular yang megelirukan orang ramai itu dan menasihatkan semua pihak supaya berhati-hari dalam berkongsi maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan 12 anggota dari BBP Kota Kinabalu telah berjaya mengawal kebakaran itu pada jam 2 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Pasukan penyiasat masih dilokasi dan mengalami sedikit kelewatan kerana masih terdapat wayar-wayar elektrik yang disambung secara haram,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Beliau berkata atas faktor keselamatan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihatkan supaya anggota berhati-hati kerana terlalu banyak penyambungan elektrik haram di lokasi kejadian.– BERNAMA

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke