Polis pastikan vaksinasi lancar seperti dijadualkan

KUCHING: Polis sentiasa dikerah ke semua pusat pelaksanaan suntikan vaksin bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar serta tiada kejadian ‘potong barisan’ oleh pihak berkepentingan peribadi berlaku.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menegaskan kesemua pusat suntikan vaksin setakat ini terkawal berikutan semua penerima vaksin dijadualkan hari dan masa menghadiri prosedur berkenaan.

Dalam perkembangan lain katanya seramai 221 pegawai dan anggota polis divaksin setakat akhir Februari.

“Kesemua pegawai dan anggota PDRM Sarawak akan diberi vaksin dalam fasa pertama dan kedua itu nanti dan proses tersebut berterusan sehingga selesai,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.

Suara Sarawak