ARTIKEL

Polis, Pos Malaysia jalin kerjasama banteras scammer

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad dalam usaha memerangi jenayah penipuan secara dalam talian sejak Januari lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata perkhidmatan kurier mula menjadi pilihan penipu untuk memperdaya mangsa kerana agensi berkenaan banyak berurusan dengan masyarakat.

“Saya melihat kerjasama antara Kontinjen Perak dan Pos Malaysia Berhad ini sangat tepat pada masanya malah merupakan projek rintis serta contoh terbaik kerjasama antara pelbagai agensi dalam usaha memberi advokasi berkaitan jenayah penipuan dalam talian kepada masyarakat,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau melancarkan Program Pencegahan Jenayah Komersial Phone Scam-Penyamar Pos Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang turut dihadiri Pengarah Operasi Pos Malaysia Berhad Zaini Yaman.

Mohd Yusri berkata pihaknya telah menyiasat sebanyak 226 kes melibatkan penipuan panggilan dengan penyamaran sebagai syarikat kurier dengan nilai kerugian lebih RM8.7 juta.

“Daripada jumlah itu sebanyak 96 kes penipuan panggilan penyamaran sebagai kurier Pos Malaysia telah direkodkan dengan nilai kerugian lebih RM3.7 juta,” katanya.

Baca lain  Turkey, MENA bersedia import lebih banyak minyak sawit

Mengenai program pencegahan itu, Mohd Yusri berkata ia merupakan usaha khidmat masyarakat dengan menggunakan sumber manusia, logistik serta medium komunikasi sedia ada dalam usaha menyebar maklumat dan tips berkaitan penipuan dalam talian.

Beliau berkata pengedaran risalah pencegahan penipuan dalam talian dengan menggunakan perkhidmatan posmen selain mengedarkan maklumat dan tips menerusi platform media sosial rasmi Pos Malaysia Berhad dan Polis Kontinjen Perak.

Sementara itu, Zaini dalam ucapannya berkata sebanyak 407 posmen terlibat dalam pengedaran risalah antipenipuan di seluruh Perak termasuk Cameron Highlands melibatkan 33,000 risalah dengan paparan poster di 81 pejabat pos di negeri itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup 53 kotak lobak merah gagal

BAU: Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah bernilai RM3,180 di Sektor Op Awas/Keris

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

28,531 calon cemerlang UPKK

PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam semua lapan mata

BERITA TERBARU

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.