ARTIKEL

RAMPAS… Antara vape mengandungi cecair disyaki ganja dirampas dalam dua serbuan baru-baru ini.

Polis rampas vape mengandungi cecair ganja bernilai RM531,113

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis membongkar kegiatan pengedaran vape mengandungi cecair disyaki ganja selepas merampas 1,192 kartrij vape bernilai RM531,113 dalam dua serbuan di sekitar bandar raya ini pada 30 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, seramai 14 individu terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 24 hingga 48 tahun turut ditahan, selain polis merampas 95 gram syabu bernilai kira-kira RM10,487.

Katanya, serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah rumah di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, membawa kepada penahanan semua suspek serta rampasan satu bekas plastik mengandungi ketulan kristal disyaki syabu.

Susulan tangkapan itu, polis menjalankan serbuan kedua kira-kira jam 6.45 petang di sebuah rumah di Lorong Setia Raja hasil pandu arah seorang suspek wanita.

Di lokasi berkenaan, polis menemukan 1,192 kartrij vape yang dipercayai mengandungi cecair disyaki ganja dengan anggaran berat keseluruhan 2,980 gram dan nilai rampasan RM531,113.

Ujian saringan air kencing mendapati 13 daripada 14 suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala semakan rekod lampau mendapati 12 suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan berkaitan dadah.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama, manakala polis menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang mengancam keselamatan masyarakat.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU