ARTIKEL

Polis robot di Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram


Pasukan Polis Singapura (SPF) menggunakan perkhidmatan polis robot di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi selepas lima tahun percubaan.


Bermula sejak April, robot ini berfungsi sebagai peronda dan mata tambahan pihak polis di lapangan terbang tersebut.


Sewaktu bertugas, robot ini boleh memberi amaran kepada orang ramai menggunakan lampu atau siren dan pembesar suara sementara menunggu pegawai polis tiba di lokasi.

Foto: Facebook Singapore Police Force


Orang ramai boleh berkomunikasi secara langsung dengan pihak polis dengan menekan butang yang disediakan pada robot tersebut.


Justeru, lebih banyak robot dirancang digunakan secara progresif di seluruh Singapura.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU