ARTIKEL

PDRM

Polis sahkan insiden dua anggota tentera bergaduh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Polis mengesahkan insiden pergaduhan melibatkan dua anggota tentera di sebuah kem di Temerloh, minggu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kejadian pada 9 Mei itu, mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

“Pergaduhan dipercayai berpunca akibat salah faham antara mereka berdua, dan suspek berusia 36 tahun telah direman selama tiga hari dan dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

Terdahulu tular gambar kecederaan seorang lelaki yang disyaki anggota tentera akibat dipukul dengan parang, dalam pergaduhan di sebuah kem.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana telah membuat bising.– BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan