ARTIKEL

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (tengah) ketika sidang media hari ini. -fotoBERNAMA

Polis sahkan terima laporan lelaki OKU dipukul pengawal peribadi kenamaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan daripada lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya telah membuka siasatan kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Setakat ini belum ada tangkapan dan keterangan pengadu akan diambil dalam masa terdekat susulan dia OKU bisu dan masalah pendengaran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Difahamkan, seorang pemandu e-panggilan membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, semalam.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya dari lobi hotel berkenaan.

Pemandu itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit