Polis Sarawak kenal pasti suspek kes bunuh RPR Batu Kawa

KUCHING: Polis Sarawak sedang menggerakkan semua elemen untuk mengesan seorang suspek kes bunuh di kaki lima sebuah kedai makan di RPR Batu Kawa pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ramli Din berkata, suspek telah dikenal pasti melalui rakaman cctv dan saksi yang ada di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa, 37 tahun dipercayai dibunuh angkara memecah cermin kereta.

“Kita percaya mereka saling mengenali antara satu sama lain,” katanya lagi.

Rakaman cctv tersebut katanya, merekodkan perbuatan suspek mengeluarkan senjata tajam ketika membonceng motosikal.

Justeru itu, beliau yakin kes ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Suara Sarawak