Trending

Polis Sarawak lupus dadah bernilai RM1.78 juta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM1.78 juta yang dirampas sejak 10 tahun lepas pada Jumaat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, dadah seberat lebih 45kg itu antara barangan kes yang dimusnahkan menggunakan teknologi terkini di Taman Pengurusan Sisa Bersepadu Kuching.

“Rampasan dadah melibatkan 3,416 kes dari 2012 hingga 2022 daripada 19 daerah dalam kontinjen Sarawak yang selesai semua peringkat siasatan dan perbicaraan,” katanya dalam kenyataan.

Dadah berkenaan terdiri daripada 32.4kg syabu, pil ekstasi (8.2kg), ganja (4.1kg), serbuk ekstasi (924.4 gram), pil Erimin (117.5 gram), ketamin (63.97 gram), pil Nospan (6,453 biji), air ketum (55 liter) serta sebatang pokok ganja.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru