ARTIKEL

Polis Sarawak terima 69 buah kenderaan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak menerima 69 buah kenderaan baharu jenis Perodua Aruz SUV 1.5X bagi menggantikan Proton Preve yang telah tamat tempoh pajakan.

Penyerahan dan penerimaan fasa kedua ini melibatkan empat Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan 24 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Mancha (tiga kiri) menyampaikan kenderaan baharu kepada Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John (dua kiri) sambil disaksikan Ibrahim (kiri). (Foto Polis Sarawak)

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, penggantian kenderaan untuk jabatan dan IPD ini diharapkan dapat meningkatkan imej PDRM.

Selain katanya, ia dapat membantu melancarkan penugasan kepolisan kepada lebih efisien dan berjalan lancar.

Mancha (tiga kiri) menyampaikan kenderaan baharu kepada Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah (kiri) sambil disaksikan oleh Ibrahim (tengah). (Foto Polis Sarawak)

“Saya berharap agar kenderaan ini digunakan secara maksima dan dengan sewajarnya dalam penugasan di jabatan dan daerah masing-masing,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan Sewaan Konsesi SPANCO bertempat di Dewan Terbuka, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, ketua-ketua jabatan PDRM Kontinjen Sarawak, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Sarawak ACP Zulkifli Abu, selaku penganjur Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan (Sewaan Konsesi SPANCO) Kontinjen, Ketua-ketua Polis Daerah dan Pengurus SPANCO Cawangan Sarawak EHaris Jackson Lau Abdullah.

Penyerahan aset kenderaan baharu ini bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menggunakan kenderaan baharu serta memberi kesan yang baik kepada produktiviti pegawai dan anggota polis terutama dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dalam menjaga keamanan dan ketenteraman serta keselamatan dalam negeri khususnya di Kontinjen Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU