ARTIKEL

Polis Sarikei tahan 529 individu berkaitan dadah tahun lepas, tahap jenayah masih terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Polis Sarikei mengambil pendekatan tegas dalam usaha membendung jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 melalui penahanan seramai 529 individu sepanjang tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superitendan Polis (DSP) Benedict Faris Jimoy berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya seramai 166 individu ditahan dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

DSP Benedict Faris Jimoy bersama pegawai dan anggota dalam perhimpunan bulan Ibu Pejabat Polis Sarikei, pada Rabu.

Menurutnya, tangkapan meliputi dadah jenis syabu sebanyak 110.87 gram, ketamin 7.55 gram, eramin lima biji (2.0 gram) dan ketum sebanyak 54 liter yang melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM23,922.50.

“Pada masa yang sama kita juga berjaya menumpaskan satu sindiket berskala kecil melalui penangkapan seorang individu dipercayai ketua di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Dalam pada itu, dua tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985 dan manakala lapan pertuduhan di bawah Seksyen 39C (1) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan jenayah indeks di daerah ini menunjukkan penurunan dengan sebanyak 73 kes berbanding 76 kes tahun sebelumnya.

Bagaimanapun katanya, jenayah kekerasan mencatat lapan kes pada 2023 berbanding enam kes tahun sebelumnya, manakala kenayah harta benda merekod sebanyak 65 kes berbanding 70 kes dalam tempoh yang sama pada 2022.

“Begitu pun jenayah komersial meningkat 18.18 peratus dengan 26 kes (2023) berbanding 21 kes tahun sebelumnya,” katanya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau berkata, jumlah kes kemalangan keseluruhannya meningkat sebanyak 97 kes (34 peratus) pada lalu berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Jelasnya, kemalangan maut pula berkurangan sebanyak tiga kes (27 peratus), begitu juga kemalangan parah tiga kes (43 peratus), kemalangan ringan berkurangan lima kes (100 peratus) tetapi, kemalangan kerosakan meningkat sebanyak 108 kes (41 peratus).

Secara keseluruhan ujarnya, tahap jenayah Sarikei masih aman dan terkawal namun pihak polis sentiasa mengambil langkah tegas bagi meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU