ARTIKEL

polis
PDRM

Polis siasat hantaran tular berkaitan mantan TYT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Polis sedang menyiasat hantaran tular di media sosial berkaitan mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kes membawa Abdul Taib keluar dari hospital. 

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan perkara tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi. 

Katanya, tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah.

Tambahnya, tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU