Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Polis siasat kes buli jalanan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tangkap layar dari klip video memaparkan seorang lelaki yang memberhentikan kereta dan menghalang kenderaan milik mangsa. 

PADAWAN: Pihak polis sedang mengesan seorang pemandu lelaki berhubung kes buli jalanan yang tular menerusi satu klip video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, insiden itu dikesan menerusi satu hantaran berserta video berdurasi 30 saat yang tular di laman sosial berkenaan.

Hantaran tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Facebook Sandy Tan, yang mendakwa pemandu lelaki memberhentikan kereta dan menghalang kenderaan milik mangsa.

“Kejadian tersebut berlaku di di Jalan Pasar Sungai Maong, Batu Kawa, jam lebih kurang 11.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian itu, beliau berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung video tular itu.

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta untuk menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233.

Tangkap layar dari klip video memaparkan seorang lelaki yang memberhentikan kereta dan menghalang kenderaan milik mangsa.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk