Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Polis siasat pertaruhan keputusan PRN-12 Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung kegiatan pertaruhan bagi kemenangan calon di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata antaranya di Dun Dudong, susulan pendedahan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS-PDP) Datuk Seri Tiong King Sing bahawa berlaku pertaruhan bagi kemenangan calon di kerusi itu, yang menyaksikan pertandingan lapan penjuru.

Justeru, katanya pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan sama ada perkara itu benar berlaku atau sebaliknya.

“Kita sudahpun membuat respon kepada Datuk Seri Tiong King Sing mengenai kenyataannya terhadap isu pertaruhan di kerusi DUN Dudong.

“Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah dikerahkan ke kawasan Dudong bagi membuat pemantauan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak Batu Kawa, di sini hari ini.

Justeru, beliau menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menganjurkan aktiviti pertaruhan sedemikian.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang