ARTIKEL

Tangkap layar berhubung guru wanita yang mendakwa diri Imam Mahadi.

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad, berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan berusia 34 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Jerantut.

Beliau berkata semakan juga mendapati ibu kepada tiga cahaya mata itu mempunyai rekod perubatan sebagai pesakit psikiatri di sebuah hospital di Kelantan sejak November tahun lepas.

“Suspek masih lagi menerima rawatan di unit psikiatri buat masa ini dan pemantauan serta siasatan akan diteruskan,” beliau memberitahu dalam kenyataan hari ini.

Hantaran mengenai dakwaan wanita terbabit tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. — BERNAMA

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU