ARTIKEL

Polis tahan 37 individu positif dadah di pusat hiburan di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis menahan 37 individu selepas didapati positif dadah dalam serbuan ke atas lima pusat hiburan di sekitar bandar raya Kuching, awal pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ramli Din berkata dalam serbuan tersebut seramai 150 orang pengunjung pusat hiburan berumur antara 25 dan 40 tahun diperiksa.

“37 individu yang positif dadah tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut dan tiga individu warga Indonesia turut ditahan atas kesalahan berkaitan dengan imigresen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri petang semalam.

Beliau berkata tindakan juga dikenakan ke atas pemilik pusat hiburan di bandar raya Kuching yang beroperasi melebihi had masa ditetapkan iaitu setakat 2 pagi.

“Ada juga pusat hiburan di bandaraya Kuching tidak mempunyai lesen untuk beroperasi, tindakan sudah diambil antaranya merampas peralatan audio pusat hiburan berkenaan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU