ARTIKEL

Polis tahan 40 individu termasuk tiga wanita dalam Op Mabuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata 37 lelaki dan tiga wanita itu ditahan dalam operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 532 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang menyaksikan 1,204 individu dan 1,056 kenderaan diperiksa, dan turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

M Kumar berkata dua wanita warga Thailand turut ditahan bersama lelaki itu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, dan ketiga-tiga mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

Sean Lee kahwin senyap-senyap

PELAKON Sean Lee membuat kejutan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang juga model, Bay Doucet. Perkara tersebut dikongsikan Sean menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa

Ingin kasih sayang ibu

KASIH sayang seorang ibu secara tidak langsung membentuk perkembangan mental dan fi zikal individu. Kasih sayang ibu memberikan rasa aman dan keselesaan, membantu serta membangun