Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes lelaki maut ditembak, dua lagi masih diburu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
FOTO: FB Jenjarom Community

SHAH ALAM: Dua lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat minggu lalu. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata suspek yang berumur 19 dan 32 tahun itu ditahan di sekitar Pekan Banting, pada pukul 6.30 petang, Selasa lepas.

“Kedua-dua yang ditahan itu telah direman selama tiga hari bermula 24 Mei bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata polis kini giat memburu dua lagi individu bagi membantu siasatan kes tersebut dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai berdekatan atau menghubungi bilik gerakan di talian 03-31872222.

Media sebelum ini melaporkan, pihak polis sedang memburu empat individu berdasarkan maklumat saksi bahawa terdapat empat individu bertopi keledar dengan pelindung mata atau visor gelap berada di tempat kejadian.- BERNAMA

Baca lain  Kekalkan semangat hormat-menghormati - Gobind

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 JUN 2023

Berita Terbaru

Kenali sindrom Tourette

Menurut perkongsian KKM di Facebook, Sindrom Tourette melibatkan pergerakan berulang