ARTIKEL

Polis tahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat kes pergaduhan di pusat hiburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di salah satu pusat hiburan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kesemua tangkapan akan dihadapkan ke hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Bagaimanapun, punca kejadian masih di dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau mengesahkan pihak polis telah menerima dua laporan berkaitan posting gambar milik seorang individu yang telah ditularkan di laman Facebook dalam keadaan cedera dan terlibat dengan pergaduhan di salah satu pusat hiburan.

Hasil daripada laporan tersebut, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri telah melancarkan Op Cantas/Kesan pada 15 November lalu sekitar jam lebih kurang jam 4.50 petang bagi mengesan kesemua suspek yang terlibat.

Pihak polis bagaimanapun menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dengan memviralkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta mengganggu siasatan.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan