ARTIKEL

Polis tahan dua suspek kes rompak Mini Mart 24 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rompakan di sebuah Mini Mart 24 jam di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, berkata kedua-dua suspek, yang masing-masing berusia 25 hingga 33 tahun, ditahan di lokasi berasingan dalam Op Cantas yang dilancarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu.

“Hasil soal siasat yang dijalankan berjaya merampas sebilah parang, dua unit Helmet Hitam, dua helai baju lengan pendek dan dua seluar jeans yang digunakan semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek memiliki rekod lampau mendatangkan kecederaan dan ugutan serta penyalahgunaan dadah,” beliau memaklumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Bintulu di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, katanya, ia memperuntukkan hukuman dengan pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun dan juga denda atau sebatan.

Suspek akan menjalani ujian saringan air kencing dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dan bertolak ansur terhadap perlakuan jenayah membabitkan samun yang boleh mendatangkan kegusaran umum.

“Tangkapan ini merupakan salah satu usaha berterusan PDRM untuk mengekang jenayah melibatkan samun di daerah ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya