ARTIKEL

Polis tahan empat pelajar bergaduh di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan membabitkan beberapa pelajar sekolah di kawasan parkir kereta, Jalan Intan di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, Balai Polis Sentral Sibu menerima laporan polis daripada seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun memaklumkan dia telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sekolah yang sama.

” Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu seterusnya pada tarikh yang sama, sekitar jam 11 malam bertempat di lokasi yang berbeza telah menangkap dua pelajar sekolah dan dua pelajar universiti yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkipli menambah, keempat-empat suspek terbabit berumur antara 14 hingga 19 tahun.

Menurutnya lagi, pihak polis turut mengesan video pergaduhan tersebut yang disebarkan di laman sosial berdurasi selama 50 saat.

Rentetan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan sebarang video yang boleh menganggu keharmonian dan ketenteraman awam.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan, tegas Zulkipli.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran

BERITA LAIN

BERITA TERBARU