ARTIKEL

TAHAN…Polis menahan lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah dalam satu serbuan, semalam.

Polis Tahan Lelaki Disyaki Terbabit Pelbagai Kes Jenayah Di Selangau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah termasuk curi kenderaan, khianat dan kes berkaitan senjata api, selain didapati memiliki pedang samurai serta dadah dalam serbuan di Selangau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, suspek ditahan kira-kira 11 pagi hasil risikan dan maklumat yang dijalankan oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Antara barang rampasan dalam serbuan tersebut.

“Serbuan dilakukan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Sungai Sepiring, Jalan Sibu-Bintulu, Selangau ketika suspek berada di tempat duduk pemandu sebuah kereta Proton Iswara.

“Dua lagi individu yang dipercayai rakan suspek berjaya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran, manakala polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum bagi menahan suspek selepas bertindak agresif dan cuba meloloskan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan yang dipandu suspek merupakan kereta yang dilaporkan hilang di Bintulu pada tahun lalu.

Polis turut merampas sebilah pedang samurai sepanjang 70 sentimeter, manakala pemeriksaan ke atas beg silang milik suspek menemukan satu paket plastik lut sinar dan satu keratan tiub straw mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 6.92 gram.

Suspek, 43, bersama dengan barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 39A(1) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selepas menemui aplikasi judi dalam talian pada telefon bimbit milik suspek.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan, manakala dua lagi rakan sejenayahnya masih diburu polis,” tambahnya.

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat