ARTIKEL

MERIAM… Ahsmon menunjukkan dua meriam yang dicuri oleh tiga suspek di sebuah hotel di Persiaran Ban Hock, 5 Jun lepas.

Polis tahan lelaki pecah masuk kediaman di Tabuan Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menahan seorang lelaki dalam tempoh 24 jam selepas memecah masuk rumah kediaman di Jalan Kedandi Tabuan Jaya, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berumur 42 tahun ditahan di sebuah rumah di Jalan Urat Mata, Rabu lalu.

“Kejayaan tangkapan ini bersabit kes pecah rumah di Jalan Kedandi Tabuan Jaya pada 11 Jun 2024 dengan kerugian lebih kurang RM25,200,” katanya pada sidang media di IPD Kuching, petang Jumaat.

Tambah Ahsmon, turut dirampas pelbagai barang kemas dan dua plat bar emas seberat lima gram dan satu plat bar emas seberat 10 gram yang dilaporkan hilang bersabit kes ini.

Hasil siasatan awal katanya, suspek memiliki tiga rekod lampau melibatkan jenayah dadah dan kekerasan.

“Suspek kini ditahan reman dan kita mencadangkan kepada Mahkamah agar suspek dituduh dibawah Seksyen 457 yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan dikenakan denda,” katanya.

Dalam kes berasingan, Ashmon berkata, pihaknya juga berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 28 hingga 36 tahun dipercayai mencuri dua perhiasan meriam tembaga di sebuah hotel di Persiaran Ban Hock di sini, 5 Jun lepas.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan di lokasi berasingan iaitu di Jalan Penrissen Kota Sentosa; Jalan Kuching Serian dan Jalan Astana Kuching 9 Jun lalu.

“Turut dirampas adalah dua perhiasan meriam tembaga dan sebuah kereta yang digunakan sewaktu melakukan jenayah curi yang melibatkan kerugian lebih kurang RM2,000,” katanya.

Kata Ashmon, hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine, sementara kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dadah serta kekerasan minimum dua kes dan maksimum 10 kes.

Kesemua suspek kini ditahan reman dan dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Kami turut menyeru orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi pusat kawalan IPD Kuching di talian 082- 244444 atau menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran,” katanya.

BERITA LAIN

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul