ARTIKEL

SERBUAN... Polis menjalankan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sah di kawasan Jalan Lapangan Terbang, Kuching, malam tadi.

Polis tahan pengusaha pusat hiburan tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengusaha pusat hiburan di daerah ini diingatkan supaya memastikan premis masing-masing memiliki lesen hiburan yang sah dan mematuhi syarat operasi ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis hiburan bagi memastikan semua pengusaha mematuhi peraturan.

Menurutnya, tindakan turut diambil terhadap premis yang menjalankan aktiviti melebihi tempoh operasi ditetapkan, selain beroperasi tanpa lesen sah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di kawasan Jalan Lapangan Terbang, di sini, kira-kira jam 10.45 malam tadi.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas peralatan muzik yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti hiburan di premis berkenaan.

Premis tersebut dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen sah.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU