ARTIKEL

Polis tahan seorang daripada dua suspek simbah petrol, bakar wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang daripada dua lelaki warga asing yang diburu sejak semalam kerana disyaki menyimbah petrol dan membakar seorang wanita warga asing di padang permainan Kampung Cheras Baru pada Sabtu lepas. 

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Ampang pada Khamis.

“Suspek yang bekerja sebagai tukang cat itu direman hingga 20 Mac ini,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp.
Terdahulu Zam Halim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada Ahad lepas dan menjalankan siasatan lanjut mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.
– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU