ARTIKEL

Polis Tahan Seorang Lagi Remaja Perempuan Disyaki Jadi Ejen Tambah Nilai Judi Dalam Talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian di pekan Kabong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan itu merupakan hasil tindakan berterusan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam membanteras kegiatan perjudian berkenaan di Saratok dan Kabong.

“Pada malam Selasa, pihak kita baru sahaja menahan dua wanita di Saratok dan petang Rabu di Kabong, kita menahan seorang lagi suspek atas kesalahan sama.

“Suspek merupakan remaja berusia 18 tahun, lepasan SPM dan berasal dari Kabong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam Op Dadu kira-kira 3.16 petang itu, suspek ditahan ketika berada seorang diri di kaunter sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti tambah nilai judi dalam talian.

Katanya, polis turut merampas sebuah telefon pintar berwarna hitam, sebuah pencetak mudah alih berwarna hitam, sejumlah wang tunai dan sebuah beg kecil berwarna kuning.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menjadi ejen jualan judi tambah nilai dalam talian sejak seminggu lalu di pekan Kabong bagi mendapatkan pendapatan sampingan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peranak Bukit Saban nerima pala tanah

SPAOH: Bisi 350 peranak sitak Bukit Saban diatu berasai lantang lebih nerima Surat Pala Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Surat pala tanah nya meri

KMKK meseti pintar ngemansang Spaoh

SPAOH: Bala Tuai Komuniti enggau Tuai Raban Bansa (KMKK) dipinta ngena pemintar runding enggau berani nyerungkai peluang baru ngadu pemansang Spaoh nipak ubah dunya. Sapit