ARTIKEL

Polis tahan suami tumbuk isteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Berang selepas mengesyaki isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang lelaki sanggup menumbuk isterinya dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Niah dekat sini pada Rabu lepas.

Dalam kejadian pada jam 6.00 petang itu, lelaki berusia 31 tahun itu turut mengugut untuk membunuh isterinya.
Tindakan lelaki tersebut menyebabkan mangsa mengalami lebam pada bahagian bahu kiri.

Bagaimanapun, perbuatannya mengundang padah apabila dia ditahan polis selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa yang menyedari kejadian itu kerana bimbang akan keselamatan diri dan menantunya.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu yang dipetik TVS berkata, suspek ditahan sekitar jam 1.15 pagi Jumaat.

Turut dijumpai dan disita ialah sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Menurut Alexson, hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes ugutan jenayah dan kes keganasan rumah tangga.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, Seskyen 323 kanun yang sama kerana sengaja mendatangkan kecederaan, dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga.

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU