HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Polis tahan tiga lelaki bergaduh, rosak kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Kereta milik mangsa dirosakkan oleh sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian gaduh di kawasan pusat beli belah One TJ.

KUCHING: Polis menahan tiga lelaki tempatan disyaki memukul seorang lelaki dan merosakkan kenderaan miliknya dalam satu kejadian di kawasan pusat beli belah One TJ, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku kira-kira jam 1.42 pagi.

Katanya, ketiga-tiga suspek yang ditangkap berumur lingkungan 21 hingga 35 tahun.

Kereta milik mangsa dirosakkan oleh sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian gaduh di kawasan pusat beli belah One TJ.

“Hasil semakan mendapati salah seorang dari suspek mempunyai rekod siasatan lampau di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM).

“Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 25 Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, dalam kejadian itu, mangsa, 22, mengalami kecederaan akibat diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

“Jika disabitkan kesalahan, Seksyen 148 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala, bagi Seksyen 427 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara selama selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tegasnya, siasatan lanjut diteruskan dan pihak polis ingin memaklumkan agar tiada pihak yang memanipulasi kes ini sehingga menggangu siasatan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru