ARTIKEL

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat

Polis tahan tiga suspek kes mayat dibungkus dalam jaring

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dibungkus dan dililit jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, Batu Pahat, semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat berkata kesemua suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Batu Pahat pada hari sama mayat mangsa ditemukan. Siasatan mendapati tangan dan kaki mangsa diikat menggunakan pita pelekat serta terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian pinggang dan lengan.

Beliau berkata semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala lima telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.

Polis turut mengesahkan isteri mangsa telah membuat laporan kehilangan suaminya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri pada 29 Julai lalu, sebelum pengecaman awal oleh waris mengesahkan identiti mangsa berdasarkan pakaian dan barangan peribadi yang ditemukan bersama mayat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap ketiga-tiga suspek bermula hari ini hingga 10 Ogos bagi membantu siasatan.

Hoo berkata motif kejadian masih dalam siasatan, namun polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu berpunca daripada hutang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU