ARTIKEL

Polis tembak mati penjenayah kes samun bersenjata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata dan mempunyai 16 rekod jenayah lampau dalam kejadian berbalas tembakan di Machang Bubok di sini tengah malam pada Sabtu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata pihak polis pada mulanya mengesan sebuah kenderaan jenis Proton X70 dalam keadaan mencurigakan menghala ke Sungai Lembu di sini kira-kira 12.35 tengah malam.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang mendapati kereta itu dalam keadaan mencurigakan telah mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan terbabit, namun lelaki itu terus memecut laju untuk melarikan diri dan dalam masa sama melepaskan tembakan.

“Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu lelaki itu untuk mempertahankan diri, tetapi dia memecut laju dan selepas pasukan kami mengejarnya kira-kira 200 meter, kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum pihak polis membalas tembakan dan terkena suspek.

Khaw berkata lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati suspek berumur 44 tahun dan beralamat di Pulau Pinang itu terlibat dalam beberapa jenayah samun di negeri ini, Selangor dan Melaka.

Beliau berkata semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspak adalah palsu dan selain samun, suspek juga pernah ditahan kerana terlibat dengan kes dadah, kesalahan di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Kakisan serta pernah dikenakan tindakan menurut Ordinan Darurat.

“Kita percaya penjenayah ini amat berbahaya kerana dia turut memiliki senjata api dan semakan mendapati senjata digunakan ialah jenis semi auto,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bergerak solo ketika melakukan jenayah samun dan mengacukan pistol ke arah mangsa bagi tujuan menakut-nakutkan mereka.- BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU