ARTIKEL

Polis terima laporan wang RM20 palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WANG palsu (atas) dan tulen (bawah).

SIBU: Polis mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada para peniaga berkenaan penerimaan wang palsu RM20 di Tamu Sibu Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu telah menerima laporan polis terbabit dibuat oleh 14 orang peniaga pasar tamu yang berusia 40 ke 50-an.

Katanya, laporan mengatakan mangsa telah didatangi oleh seorang suspek wanita anggaran umur lingkungan 40-an ditemani anak perempuannya berumur lima tahun membeli pelbagai barangan keperluan di pasar.

“Kesemua mangsa diberikan satu keping wang RM20/- (no siri CD: 2748412) dan suspek menggunakan Modus Operandi yang sama,” tegas beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Zulkipli menyatakan kesemua mangsa juga telah berurusan dengan suspek yang sama namun tidak mengetahui perkara tersebut.

Setelah tiga jam dari masa kejadian katanya, salah seorang mangsa mendapati wang kertas tersebut tidak berkualiti dan dakwat pada permukaan kertas telah cair.

“Setelah mendapati perkara tersebut, salah seorang mangsa telah memuat naik video secara ‘live’ di laman sosial agar orang awam mengetahui perkara tersebut terdahulu dan peniaga di pasar tamu lebih berwaspada,” ujarnya.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan kesemua wang note RM20/- tersebut telah diterima oleh pihak polis untuk dianalisa ketulenan wang kertas tersebut kepada Bank Negara Malaysia.

Sebagai langkah pencegahan, beliau menasihati orang ramai untuk membuat semakan dahulu sebarang wang kertas yang diterima dan meneliti wang kertas sebelum menyerahkan barangan atau membuat sebarang urusan perniagaan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan pembeli yang mempunyai pelbagai alasan serta tergesa-gesa di dalam urusan bayaran atau membuat pembayaran secara paksaan serta orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada dalam urusan penerimaan wang agar tidak terpedaya dan di tipu.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 / 03-26101599 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM.

“Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” ujarnya.

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU