Polis tumpas dalang curi letrik

MIRI: Tiga dalang aktiviti kecurian elektrik untuk pengoperasian bitcoin secara haram tumpas selepas empat premis judi tersebut berjaya dikesan polis pada 17 dan 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, serbuan Ops Mining itu dilakukan di kawasan Taman Tunku, Lopeng dan Jalan Miri By Pass Industrial Park selepas mengenal pasti premis yang melakukan penyambungan elektrik secara haram.

Menurutnya, operasi terbabit merupakan kolaborasi di antara pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Miri bersama Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Hasil serbuan berjaya merampas 300 unit mesin mata wang digital, dua unit komputer riba, lima modem serta peralatan-peralatan yang berkaitan pengoperasian bitcoin.

“Kesemua barang-barang yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM1.4 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak