ARTIKEL

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kesemua individu berusia 27 hingga 38 tahun itu ditahan menerusi Ops Lejang Khas pada 13 dan 14 Mei lepas.

“Hasil siasatan mendapati sindiket yang diketuai oleh individu digelar ‘Apek’ berusia 35 tahun itu mencuri motosikal bersama rakan-rakannya dengan menyasarkan motosikal jenis Yamaha.

“Suspek meleraikan dan menjual komponen motosikal kepada rakan melalui aplikasi WhatsApp serta untuk kegunaan sendiri, manakala rangka motosikal dibuang ke kawasan semak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas pelbagai komponen motosikal dianggarkan bernilai RM50,000 selain peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri motosikal.

Ahmad Sukarno berkata hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai 18 rekod jenayah lampau melibatkan kes curi dan dadah serta hasil ujian saringan air kencing adalah negatif.

Beliau berkata, kesemua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan di kawasan berkenaan membabitkan kes kecurian selepas tempoh reman mereka tamat 8 Jun lepas.

Tangkapan itu berjaya menyelesaikan 16 kes kecurian yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan Selangor serta kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU