ARTIKEL

Polis turun padang bantu pemandu tukar tayar kereta bocor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Polis dan masyarakat berpisah tiada.

Anggota polis trafik yang menjalankan Rondaan Op Selamat 22 berkesempatan membantu pemandu menukar tayar kereta Perodua bocor di tepi jalan Bau.

Kawalan lalu lintas dijalankan bagi mengelak kesesakan di kawasan tersebut.

Dengan kehadiran anggota polis dapat melancarkan aliran trafik dan pemandu meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui.

Operasi disertai Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau, Insp Mahadir Samah – bersama anggota trafik iaitu Sarjan Saipeng dan Sarjan Muhd Ali.

Syabas diucapkan kepada pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bau yang menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah dan menunjukkan nilai-nilai murni keprihatinan terhadap masyarakat.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU