ARTIKEL

RAKAM KENANGAN ...Rombongan PMU merakam kenangan ketika mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Malaysia di Pontianak Indonesia, baru-baru ini. 

Politeknik Mukah adakan kunjungan hormat ke Konsulat Malaysia di Pontianak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Rombongan Politeknik Mukah (PMU) telah mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Malaysia di Pontianak Indonesia, baru-baru ini. 

Ia telah diketuai oleh Ketua Unit Pengantarabangsaan PMU Mohammad Fardillah Wahi dan disertai enam pensyarah PMU dalam bidang kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kewangan dan perdagangan. 

Menurut kenyataan PMU, tujuan utama kunjungan adalah untuk memberi penerangan mengenai program pengantarabangsaan PMU.
 
“Antara program yang pernah diadakan bersama institusi tinggi di Indonesia adalah pertukaran pelajar dan staf. 

“Selain itu, program keusahawanan, ‘international conference’ serta kerjasama dalam bidang penyelidikan,” katanya kenyataan itu. 

Sehubungan itu, tujuan kunjungan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai segi kependudukan dan ekonomi semasa. 

Tujuan lain adalah mendapatkan maklumat perancangan pertukaran pentadbiran kerajaan Indonesia ke Kalimantan, implikasi kepada kewangan negara Indonesia serta kesan kepada pembangunan serantau. 

Tambah kenyataan itu, kunjungan turut mendapatkan maklumat berkenaan peluang pekerjaan, perniagaan dan ekonomi serantau terutama di Sarawak dan negara Brunei Darussalam.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU