Politeknik Mukah ikuti Audit Akreditasi ‘online

MUKAH: Buat julung kalinya Politeknik Mukah (PMU) turut serta dalam Audit Pemeriksa Luar Akreditasi MQA secara dalam talian yang dianjurkan Unit Jaminan Kualiti. 

PMU dalam satu kenyataan menjelaskan, proses audit itu melibatkan dua program yang ditawarkan di PMU. 

“Jabatan yang terlibat ialah Jabatan Perdagangan (JP) melibatkan Diploma Akauntansi (DAT), Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK). 

“Manakala Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) melibatkan Diploma Teknologi Maklumat Track Sistem Rangkaian (DDT (NS) dan Diploma Teknologi Maklumat Trak Software dan Pembangunan Aplikasi,” jelasnya. 

PMU mendedahkan, audit tersebut dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melibatkan empat panel luar yang telah dilantik bagi setiap program. 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Mac 2021

Suara Sarawak