ARTIKEL

Politeknik Mukah rangkul anugerah khas keusahawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Pelajar Politeknik Mukah (PMU) merangkul anugerah khas juri dalam Pertandingan Keusahawanan Sosial di Kampus The Ship, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, dengan kerjasama PKT Sdn Bhd.

Kumpulan pelajar PMU yang terdiri daripada 10 orang itu melaksanakan projek penghasilan sos cili yang dihasilkan sepenuhnya oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Gemilang Jepak Bintulu dengan jenama Sos Cili Nana.

Mentor Sos Cili Nana, Ahmad Syakir Kadimin berkata, warga OKU kurang diberi diberi perhatian dan selalu dipinggirkan oleh masyarakat kerana kekurangan mereka.

“Masa depan golongan ini juga bergantung sepenuhnya kepada peniaga yang tidak selamanya ada.

“Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif ini agar masyarakat sedar akan kemampuan golongan OKU seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka bersama-sama dalam aktiviti ekonomi,” katanya.

Di samping itu, pelajar PMU turut melatih usahawan OKU dalam penghasilan sos cili, seterusnya membuat pemasaran dan pengedaran produk yang diuruskan oleh pelajar bersama-sama usahawan tersebut.

Pertandingan yang berlangsung selama lima bulan ini menyaksikan usaha gigih pelajar PMU dalam mengubah nasib dan pendapatan golongan OKU yang terdiri daripada Sindrom Down, autisme dan lembam.

Ia sekali gus memastikan golongan ini mendapat kehidupan lebih baik setanding dengan masyarakat majmuk.

Sehubungan itu, sepanjang pelaksanaan program ini, Sos Cili Nana berjaya merekodkan jualan sebanyak 7,000 botol yang dipasarkan di Mukah, Bintulu dan Miri.

Di samping itu, syarikat swasta seperti The Spring Mall Bintulu, Emart dan Sarawak Oil Palm Berhad turut memberi sokongan dengan menggalakkan serta memberi sumbangan bagi program tersebut.

Justeru, kejayaan yang diperoleh oleh pelajar PMU bukan sahaja membanggakan warganya, malah mampu menonjolkan keprihatinan Politeknik dalam ushaa membantu komuniti serta masyarakat setempat terutama golongan rentan.

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah