ARTIKEL

Populasi budaya di Sarawak meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Populasi buaya di Sarawak kini meningkat berbanding sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

Beliau berkata berdasarkan bancian pemantauan, Sarawak kini mempunyai kira-kira 25,000 ekor buaya berbanding 13,500 ekor pada 2014.

“Antara kawasan tumpuan bagi buaya ini adalah di Sungai Bako, Batang Lupar, Batang Sadong juga di Sibuti,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Len Talif berkata kementeriannya juga bercadang untuk mengadakan lawatan ke Afrika Selatan serta Australia bagi mempelajari cara menangani masalah populasi buaya yang tinggi.

“Sebagai contoh, kita mahu belajar dari Kruger National Park di Afrika Selatan dalam menangani buaya manakala di Australia mereka telah mengeluarkan produk-produk berasaskan kulit buaya seperti tali pinggang, kasut dan beg,” katanya.

Sementara itu, Len Talif berkata aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara ‘real time’ atau data masa nyata yang dibangunkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dijangka dilancarkan tahun depan.

Menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.

— BERNAMA 

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta