ARTIKEL

Foto: freepik.com

Populasi dunia bakal menyusut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kajian dijalankan Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) berpangkalan di Amerika Syarikat, melaporkan berlaku penurunan jumlah bayi dengan ketara, berlaku di negara kaya.

Laporan diterbitkan pada Rabu, 22 Mac lepas itu juga menunjukkan trend sebaliknya berlaku di negara membangun.

Laporan penyelidikan dalam The Lancet itu membayangkan menjelang 2050, populasi tiga perempat negara akan menyusut.

Bagaimanapun, Samoa, Somalia, Tonga, Niger, Chad dan Tajikistan diramalkan mempunyai kadar kesuburan melebihi tahap penggantian 2.1 kelahiran bagi setiap wanita menjelang 2100.

Sepanjang abad ini, kadar kesuburan terus meningkat di negara membangun, terutama di sub-Sahara Afrika.

Dalam pada ituk memandangkan populasi hampir setiap negara berkurangan, pergantungan kepada imigresen terbuka akan menjadi penting untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, pakar WHO menggesa agar berhati-hati memahami unjuran data ini kerana terdapat kekurangan data di banyak negara membangun.

Kajian Lancet menganggarkan kadar kesuburan global akan jatuh di bawah paras menjelang 2030.

Bagaimanapun, PBB menganggarkan hal ini akan berlaku sekitar 2050.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU