Populasi harimau di India meningkat kepada 3,925 iaitu peningkatan tahunan sebanyak enam peratus.
Mengikut angka kerajaan pada April 2022, India mempunyai sekurang-kurangnya 3,167 ekor harimau, menyumbang 75 peratus populasi harimau global.
“Kini, analisis data yang dilakukan oleh Institut Hidupan Liar India, populasi harimau dianggarkan sekitar 3,925 dan bilangan purata ialah 3,682 harimau, mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan yang membanggakan sebanyak 6.1 peratus setahun,” menurut Kementerian Alam Sekitar dalam satu kenyataan, sempena Hari Harimau Global.