ARTIKEL

Populasi Malaysia 32.75 juta pada suku pertama 2021

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.75 juta pada suku pertama 2021, meningkat 0.4 peratus daripada 32.62 juta bagi tempoh sama setahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bagi suku pertama 2021, jumlah itu merangkumi 29.91 juta atau 91.3 peratus warganegara dan baki 2.84 juta orang atau 8.7 peratus lagi adalah bukan warganegara.

Penduduk lelaki mengatasi wanita, masing-masing berjumlah 16.83 juta dan 15.92 juta, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata, komposisi penduduk berusia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 2.26 juta orang kepada 2.37 juta bagi tempoh sama.

“Trend ini seiring dengan negara-negara membangun lain yang menuju ke arah populasi menua,” katanya.

Bagi tempoh itu juga, populasi berusia 0 hingga 14 tahun menyusut kepada 7.56 juta berbanding 7.61 juta pada suku pertama 2020.

Pada suku pertama tahun ini, jumlah kelahiran hidup yang dicatatkan menurun 10.8 peratus kepada 102,969 kelahiran berbanding 115,439 kelahiran setahun lalu.

“Tidak ada ‘baby boom’ (kelahiran besar-besaran) pada suku pertama 2021 seperti dijangkakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Sebanyak 43,545 kematian dicatatkan bagi suku pertama tahun ini, peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding 43,226 kematian yang dilaporkan pada tempoh sama tahun lalu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang

KUANTAN, Pahang: Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang

BERITA TERBARU