MUKAH: Datuk Posa Majais mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi sesi 2021/2024 setelah menang tanpa ditandingi pada Mesyuarat Agung Tritahunan di Mukah, pagi tadi.
Dalam mesyuarat yang julung kali diadakan di Mukah itu turut menyaksikan Saif Jubaidi dipilih sebagai timbalan.
Bagi jawatan Naib Presiden, seramai 12 calon menghantar nama untuk mengisi lima kekosongan jawatan tersebut.
Hasil undian Naib Presiden disandang oleh Philip Jabu (Serian FA), Awang Madihi Awang Yatem (Bintulu FA), Razak @ Abdul Razak Salleh (Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan), Royston Valentine (Mukah FA) dan Nicol Agoi (Kapit FA).
Dalam ucapannya, Posa berharap agar barisan kepimpinan persatuan yang telah dipilih tersebut dapat bersama-sama membangunkan dan mengembalikan kegemilangan bola sepak di Sarawak.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan
Setiausaha Agung FAS baharu ialah Paza Dan dan pengerusi baharu Sarawak United FC, Saif Bujang.
Posa mula menerajui FAS pada 2015, mengambil alih tempat Datu Sudarsono Osman.
Antara kejayaan beliau ialah mengemudi Sarawak muncul naib juara Liga Premier 2021 dan naik ke Liga Super 2022.
Malah beliau turut bertangggungjawab membentuk pasukan berstatus kelab, Sarawak United FC bagi membolehkan penyertaan dalam Liga Malaysia.
Posa turut dilantik sebagai Naib Presiden FAM serta penolong pengurus skuad Harimau Malaya untuk tiga tahun kebelakangan ini.