Posa rebut jawatan Naib Presiden FAM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais mengesahkan beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM Ke-57 yang berlangsung pada 13 Mac ini.

Menurut Posa, keinginan untuk membantu FAS dan pasukan bola sepak tempatan antara faktor utama beliau mahu bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Ujar beliau, Sarawak dan Sabah mesti ada ‘suara’ dalam FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Memang sepatutnya ada wakil dari Borneo dalam FAM dan MFL,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengakui ada lima calon yang akan bertanding bagi jawatan tersebut dan hanya empat yang akan dipilih.

Tambah Datuk Posa, difahamkan ada wakil dari Sabah yang turut bertanding.

Suara Sarawak