ARTIKEL

Foto Facebook JPA

Poster bantuan khas RM700 palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular di media sosial sejak semalam, palsu.

“Maklumat yang tertera di poster tersebut palsu. Poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai,” menurut JPA menerusi status dimuat naik di akaun Facebook.

Turut dilampirkan pada status itu ialah poster palsu berkenaan yang pada bahagian bawah kanan poster itu menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.

Poster palsu itu antara lain menyatakan bantuan khas itu akan dibayar pada 5 April depan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU