Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Poster diturunkan, DAP dakwa SPR bukan badan bebas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sebuah badan bebas selepas bertindak menurunkan poster parti gabungan Kerajaan Pusat untuk dikibarkan semasa RRN-12.

Presidennya Chong Chien Jien berkata, pihak SPR gagal mengemukakan jawapan munasabah ketika ditanya oleh pasukan khas atas alasan apa poster itu tidak dibenarkan dipasang walaupun wajah pemimpin Parti Se-Islam Malaysia (PAS) telah pun ditutup.

“Pihak SPR gagal memberikan penjelasan yang munasabah kenapa poster itu diturunkan dengan hanya menjawab tindakan menurunkan poster merupakan ‘arahan dari atas’. Apa-apa jawapan yang diberikan hanyalah arahan dari atas.

“Ini jelas menunjukkan bahawa SPR bukan sesebuah badan bebas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Kuching, disini, hari ini.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News