ARTIKEL

POSTER PALSU yang tular di laman sosial berkaitan dakwaan Nanta mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama antara GPS dengan PAS.

Poster ‘GPS tiada halangan bekerjasama dengan PAS’ adalah palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular baru-baru ini kononnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan kerjasama antara GPS dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Sebelum ini, tular di laman sosial satu poster yang memaparkan gambar Nanta dengan kenyataan bahawa GPS tiada halangan untuk bekerjasama dengan PAS.

Poster tersebut turut memaparkan dakwaan bahawa GPS tidak pernah membuat larangan rasmi bahawa mereka tidak boleh bekerjasama dengan PAS, selain menyatakan kenyataan itu bertujuan menjawab spekulasi atau isu politik yang dimainkan oleh pihak tertentu.

Turut dinyatakan dalam poster berkenaan bahawa GPS tidak pernah menyatakan kerjasama mereka dengan PAS adalah haram atau mustahil.

Sehubungan itu, Nanta yang juga Menteri Kerja Raya menegaskan bahawa kenyataan yang dipaparkan dalam poster tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan oleh beliau.

“Kenyataan tersebut tidak pernah saya keluarkan dan adalah tidak benar sama sekali.

“Saya berasa amat kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu sehingga mengelirukan pelbagai pihak,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih.

“Semak fakta sebelum berkongsi,” ujarnya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU