ARTIKEL

NOWDAN merakam gambar kenangan selepas Pelancaran Program Inkubator Gastronomi Sarawak (SAGO) 2024 di sini, hari ini.

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, gastronomi menjadi pendekatan untuk pertumbuhan ekonomi dan diplomasi budaya dengan mengambil contoh kejayaan bandar Chengdu di China.

“Chengdu juga merupakan bandar Gastronomi UNESCO seperti Kuching dan ia terkenal di seluruh dunia termasuk di Malaysia kerana kekayaan makanan tradisinya terutama campuran rempah ratus mala Sichuan.

“Bandar ini berjaya memanfaatkan budaya makanannya untuk menarik pelancong, mencipta peluanga pekerjaan dan memupuk inovasi dalam industri makanan.

“Justeru, kejayaan mereka adalah peringatan jelas tentang apa-apa yang boleh kita capai di Sarawak. Mungkin melalui gula apong, dabai atau umai,” katanya.

Mengulas lanjut ujarnya, usaha itu juga selari dengan agenda ekonomi Sarawak yang menyasarkan untuk mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui amalan serta inovasi yang mampan.

“Program Inkubator SAGO ini juga inisiatif strategik ke arah misi tersebut. Dengan memupuk usahawan makanan, kita melabur untuk masa depan supaya hidangan kulinari Sarawak diraikan di seluruh dunia, sama seperti Chengdu,” ujarnya.

Tambahnya, program seumpama itu juga bukan sekadar menyokong perniagaan tetapi dalam masa yang sama memelihara dan mempromosikan kekayaan warisan budaya serta sosial tempatan.

Tegasnya, pelancongan kulinari adalah trend yang semakin berkembang dan dengan menonjolkan tawaran makanan yang unik, ia berupaya menarik pengunjung dari seluruh dunia untuk merasai cita rasa Sarawak.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU